SHAH ALAM - Penyebaran artikel Sinar Online yang mengatakan RON95 dan diesel akan naik 20 sen bermula tengah malam ini di media sosial adalah tidak benar.

Ketua Pengarang Sinar Harian, Norden Mohamed berkata, pihaknya mengesan penyebaran keratan artikel bertajuk ‘Harga RON95, diesel naik 20 sen bermula esok’ sejak awal pagi tadi selepas menerima panggilan telefon daripada pembaca bertanyakan tentang kesahihan perkara ini.

“Sebenarnya artikel berkenaan telah disiarkan Sinar Online pada 2 September 2013 selepas kerajaan memperkenalkan rasionalisasi subsidi.

“Artikel itu juga disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp telah diubahsuai dengan meletakkan tarikh hari ini iaitu 7 April 2015,” katanya.

[ARTIKEL ASAL: Harga RON95, diesel naik 20 sen bermula esok]