SHAH ALAM - Adegan baling kerusi dan baling botol air ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan peserta dalam program Nothing To Hide 2 menjadikan program kini kecoh seketika.

Kekecohan tercetus ketika seorang peserta mengajukan soalan kepada Mahathir mengenai tragedi memali yang berlaku ketika zaman pemerintahan bekas perdana menteri itu.

Program Nothing To Hide 2 yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia & kebudayaan Selangor, Shah Alam anjuran Armada Malaysia iaitu sayap pemuda Bersatu.

Insiden itu juga menyebabkan program yang pada awalnya dijadual tamat pada jam 6 petang terpaksa dihentikan terus oleh pihak penganjur.

Nothing To Hide 2 ini juga memperlihatkan kehadiran Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selain Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang lain

Program Nothing To Hide 2.0 yang sepatutnya mempertemukan Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pentas tidak menjadi kenyataan apabila kelibat pemimpin nombor satu negara itu tidak kelihatan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Nothing To Hide 2.0: Tun M sendirian di atas pentas]

Program yang baru berlangsung sebentar tadi memperlihatkan Mahathir bersendirian di atas pentas.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Gerakan Tekad Kelantan kesal dengan tindakan penganjur Nothing to Hide 2.0 menuding jari dan memfitnah parti Umno sebagai dalang kepada insiden yang berlaku tempoh hari.
  • KUALA LUMPUR - Pas memandang serius kekecohan yang berlaku semasa program Nothing to Hide 2.0, namun dalam masa yang sama berpendapat penganjur sepatutnya lebih 'cermat' dan tidak membuka ruang kepada suasana yang boleh menimbulkan keadaan emosional dan provokasi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.