GARA-gara sebuah video nyanyian bertajuk “Reformasi” yang dimuat naik ke laman YouTube, penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, 39, diugut dengan ancaman bunuh oleh dua individu melalui laman berkenaan.

Komen yang berbunyi, “Yassin ni patut dibunuh jer.. “ dan “Aku kalau jumpa si Yassin ni kat luar comfirm aku pijak-pijak kepala dia sampai lumat” didapati dibuat pada awal malam semalam selepas kira-kira dua minggu video itu dimuat naik.

Yasin berkata, ugutan bunuh yang diterima melalui video lagunya itu membuktikan ada pihak tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan medium sosial tersebut.

“Perselisihan pendapat adalah perkara biasa dan sebelum ini saya pernah menerima pelbagai pandangan negatif. Namun ugutan bunuh adalah perkara serius.

“Saya tidak pasti sejauh mana seriusnya ugutan yang dibuat itu, namun saya tidak akan berdiam diri jika ia berterusan selepas ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di Kota Damansara, semalam.

Justeru itu, Yasin memberi amaran kepada pengunjung laman sosial agar tidak sewenang-wenangnya meninggalkan komen berunsur ugutan dan fitnah terhadapnya sebelum dia mengambil tindakan undang-undang.

“Sekiranya saya silap dalam penulisan, kita boleh dialog, boleh mengkritik dengan platform yang betul. Bukan dengan ugut-mengugut begini.

“Saya harap individu terbabit berhentilah daripada melakukan perkara begini kepada sesiapa pun. Kebebasan bersuara perlu digunakan untuk kebaikan bukan untuk mengugut dan mencaci orang lain,” katanya kesal dengan perkara itu.

* Dapatkan laporan penuh dalam Sinar Harian edisi hari ini, Rabu

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERSONALITI yang mengisi segmen Viral minggu ini agak istimewa kerana gandingan di antara bapa dan anak kecil juga mampu membina reputasi yang boleh dibanggakan di media sosial, khususnya di YouTube.
  • SELEPAS muncul dengan klip video raya bermain dram pada tahun lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman 'buat hal' lagi apabila tampil dengan klip video baharu berimej 'emoji' berlatarkan lagu Warna Warni Aidilfitri pada tahun ini.
  • YASIN Sulaiman dikenali sebagai penyanyi dan komposer, namun dia bijak merencana pembabitannya menerusi penyertaan pelbagai misi kemanusiaan.
  • NAMA Projector Band sudah tidak asing lagi. Dengan lagu ‘berhantu’ mereka, Sudah Ku Tahu, ia bagaikan menjadi fenomena apabila tidak hanya di bilik-bilik karaoke malah turut menjadi perhatian peminat lagu itu untuk menyanyi di laman sosial YouTube.
  • SESETENGAH remaja pada hari ini, sering menjadikan penceraian ibu bapa sebagai salah satu punca untuk melibatkan diri dengan gejala negatif.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.