DI sebalik kejayaan filem Hantu Kak Limah dan Munafik 2 yang mencuri tumpuan ramai dengan jumlah kutipan tiket tertinggi dalam sejarah industri perfileman tanah air, sebaliknya pula berlaku kepada beberapa buah filem yang gagal mendapat kutipan tiket yang baik di pawagam.

Namun harus diingat, filem yang mendapat kutipan pecah panggung tidak semestinya merupakan filem terbaik dan begitulah sebaliknya. Masing-masing tampil dengan kelebihan dan sasaran yang tersendiri.

Daripada 33 buah filem yang ditayangkan sehingga Ogos lalu, Sinar Harian kongsikan lima filem Melayu yang mendapat kutipan paling rendah di pawagam.

1. Bidong The Boat People (Mac) - RM3 ribu

2. Enjin No. 9 (Mac) - RM7 ribu

3. Qhaliq (Jun) - RM14 ribu

4. This Is Pilah (Jun) - RM45 ribu

5. Hantu Wangan (Mac) - RM89 ribu

6. Badang (Februari) - RM93 ribu

7. Busker (Januari) - RM96 ribu

8. Bukan Cinta Malaikat (Januari) - RM127 ribu

9. Makrifat Cinta (Februari) - RM138 ribu

10. Blok 404 (Jun) - RM220 ribu

[Sumber: Finas]