JABATAN Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan mengadakan pementasan teater Mek Mulung, Putera Cahaya Bulan di Auditorium Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan, pada 7 dan 8 September ini.

Ia bersempena dengan pelaksanaan Program Panggung Seni Tradisional 2013 iaitu lanjutan daripada Program Pementasan Siri Teater Tradisional yang dijalankan sejak 2007.

Program tersebut bertujuan untuk memartabatkan warisan seni persembahan tradisional rakyat yang autentik dan klasik.

Mek Mulung merupakan sebuah teater tradisional Melayu yagn berasal dari Kedah.

Pementasan ini mempunyai adunan kesenian yang telah digabungkan menjadi sebuah persembahan yang terdiri daripada lakonan, nyanyian, tarian dan muzik.

Mek Mulung‘Putera Cahaya Bulan’ mengisahkan tentang Putera Cahaya Bulan Raja Negeri Selindungan Bulan mempunyai firasat bahawa Permasurinya, Puteri Nang Mara bakal dilarikan raja yang memerintah Benua Pakkian, Raja Gergasi.

Putera Cahaya menitahkan agar rakyatnya berjaga selama tujuh hari tujuh malam bagi menggagalkan niat Raja Gergasi.

Saksikan kisah Putera Cahaya Bulan melalui pementasan teater Mek Mulung yang dipentaskan oleh Kumpulan Seri Mahawangsa JKKN Kedah.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PANGGUNG Seni Tradisional (PST) adalah medium persembahan Kesenian Tradisional Malaysia yang autentik dan klasik. la dilaksana secara berjadual di Kuala Lumpur sejak 2013.
  • SIAPA tidak kenal karakter kartun popular Charlie Brown, Snoopy, Lucy, Linus Schroeder dan Sally Brown yang pernah satu ketika menghiburkan ramai kanak-kanak dengan karakter mereka yang comel dan bersahaja.
  • BUKAN mudah mementaskan persembahan monolog apatah lagi untuk menarik perhatian peminatnya.
  • SEMARAK Bangsawan 2017 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) kembali dengan pementasan keduanya tahun ini, bangsawan Satria Menara Putih dari kumpulan produksi Perkumpulan Seni Singapura.
  • JIKA sebelum ini persatuan teater Bakawalee Penang aktif mengadakan persembahan di Pulau Pinang seawal penubuhannya sekitar 2004 sehingga kini, kali ini mereka tampil membuat kelainan dengan bertemu audien berbeza di Kuala Lumpur.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.