• Suhaimi Yusof Suhaimi Yusof
1 /

Ketika menyertai program Maharaja Lawak Mega (MLM), nama Suhaimi Yusuf yang menganggotai kumpulan Syok bersama Arif Sudin dan Ifa Raziah mungkin kurang menyerlah.

Bagaimanapun, kemunculan Suhaimi dalam Super Spontan sedikit sebanyak telah mempopularkan lagi pelawak dari Singapura ini.

Mewakili Angsa Ganas, Suhaimi dilihat antara anggota kumpulan itu yang paling menyerlah dan sering muncul dengan idea spontan yang menarik.

Jika pembaca ingin tahu, Suhaimi sememangnya sangat terkenal di Kota Singa dan popularitinya jauh lebih hebat daripada aktor terkenal, Aaron Aziz.

Sekiranya prestasi Suhaimi berterusan sebegitu, tidak mustahil dia dapat memikat hati lebih ramai peminat di Malaysia.