USAHAWAN terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berterima kasih di atas teguran Wardina terhadap video tarian yang dimuatnaiknya tiga hari lalu.

Bagaimanapun, Aliff berkata beliau berbuat demikian atas tuntutan kerja.

"Terima kasih Kak Dina... terima kasih atas teguran dan kasih sayang Kak Dina kepada saya dan isteri.

"Ya saya akui kesilapan saya dan apa yang Kak Dina cakap itu saya terima cuma saya buat atas tuntutan kerja yang telah termaktub dalam kontrak," katanya.

Malah Aliff Syukri turut memadam video tarian tersebut dan kembali mempertimbangkan untuk melancarkan video muzik lagu terbabit yang dijangka dilakukan hujung bulan ini.