Walaupun memiliki dua cahaya mata, pelakon genit, Sari Yanti masih lagi dihujani pelbagai tawaran lakonan dan tidak hairanlah jika wajahnya sentiasa menghiasi kaca televisyen.

Terbaru, Sari Yanti bersama pelakon lain seperti Diana Amir, Raja Farah dan Bienda bakal beraksi sitkom terbaru, Annisa setiap Ahad jam 8.30 malam di TV9.

Menurutnya, sitkom 13 episod ini dia pegang watak Nita, berusia 23 tahun dan telah berumah tangga.

“Ini pengalaman pertama saya berlakon dalam siri sitkom. Saya selesa watak dalam sitkom ini lebih-lebih lagi pelakon terlibat teman rapat saya.

“Saya terima tawaran lakonan ini kerana sitkom ini menampilkan jalan cerita ringan dan santai dan mengekalkan ciri keislaman. Saya juga tidak rasa terbeban dengan skrip yang diberi. Oleh itu saya senang menerima tawaran ini,” ujarnya.

Menyentuh watak bertudung dalam sitkom itu, pelakon berusia 28 tahun ini menyatakan dia selesa dengan penampilan watak itu.

“Pada awal kemunculan saya dalam drama bersiri Qaisara, saya sudah bawa watak bertudung. Jadi, tidak menjadi masalah buat saya.

Pelakon yang membintangi drama bersiri BFF ini juga berhasrat bertudung apabila tiba masanya nanti.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • DUA pelakon ternama Indonesia, Bunga Citra Lestari & Aura Kasih bakal berada di Kuala Lumpur untuk promosi filem terbaru mereka Surat Kecil Untuk Tuhan. Pelbagai pelan promosi sudah dijadualkan semasa mereka berada di sini.
  • OVERDRIVE, sebuah lagi filem berkaitan dunia perlumbaan kereta yang penuh aksi dan konflik bakal menemui peminat filem genre ini di pawagam mulai 27 Julai ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.