$entry.content.caption.value
Apabila usia semakin matang dan memerlukan seorang teman hidup, apakah persahabatan itu akan menjadi teman tapi mesra selama-lamanya?
Itulah persoalan dalam drama, “BFF…Teman Tapi Mesra”, yang kini rancak bersiaran di TV3, setiap Ahad, jam 9.00 malam.
Drama terbitan Grand Briliance ini, membariskan pelakon terkenal, Sari Yanti, Munif Isa, Irfan Roslan dan Syatilla Melvin.
BFF Teman Tapi Mesra, mengisahkan persahabatan antara Iskandar (Muniff Isa) dan Shahidah (Sari Yanti) yang terjalin sejak zaman kanak-kanak.
Iskandar sanggup mengahwini Shahidah untuk membebaskan sahabat karibnya itu daripada kongkongan orang tua yang tidak merestui cita-cita Shahidah.
Mereka tinggal berasingan dan merahsiakan status mereka. Iskandar meneruskan kerjayanya sebagai juruterbang manakala Shahidah memohon kerja dengan pereka fesyen yang menjadi idolanya, Elaira.
Shahidah dan Iskandar sering bertukar cerita tentang kerjaya masing-masing. Mereka tidak pernah berbual tentang cinta. Hanya berbual tentang impian mahu menjadi yang terbaik dalam industri yang mereka ceburi. Sehinggalah suatu hari, Iskandar jatuh cinta dengan Karmila, seorang pramugari. Shahidah mula rasa kesunyian kerana Iskandar asyik melayan Karmila. Dia mula rindukan perhatian Iskandar.
Dua tahun berlalu, Iskandar, ingin bercerai dengan Syahidah kerana merancang berkahwin dengan Karmila. Namun, hasrat mereka terpaksa ditangguhkan kerana ibu Shahidah meninggal dunia.
Pada waktu sama, hubungan Iskandar dan Karmila putus kerana kecurangan kekasihnya itu. Shahidah sentiasa berada di sisinya untuk memberikan semangat. Lalu Iskandar sedar Shahidah bukan lagi sebagai teman baik tetapi pasangan hidup yang lengkap.
Bagaikan sudah terlambat, ada sesorang menagih cinta Shahidah. Apakah kesudahan hubungan mereka? Jangan lupa sasksikan kesudahan, ‘BFF…Teman Tapi Mesra’!





