TAK ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba sahaja hubungan cinta antara Anne Ngasri dan Aliff Aziz terputus di tengah jalan. Walhal Zass baru sahaja bertemu pasangan ini ketika terlibat dalam satu program anjuran sebuah syarikat rakaman Syawal lalu.

Ketika itu, terpancar kebahagiaan di mata mereka, malah kemesraan yang dipamerkan membuktikan mereka sedang hangat bercinta.

Pun begitu, siapa sangka hubungan yang diharapkan berkekalan ke jinjang pelamin akhirnya kecundang begitu saja.

Cuba mendapatkan penjelasan daripada Aliff sendiri, penyanyi lagu Jangan Ganggu Pacarku ini bagaimanapun gagal dihubungi hingga ke saat ini.

Bagaimanapun, wakil syarikat naungannya, Sony Music menjelaskan, Aliff tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan dan menjawab panggilan telefon buat masa sekarang.

"Biarlah dia tenang dahulu, selepas ini kami akan maklumkan kepada semua jika ada sebarang sidang media atau penjelasan yang mahu dibuat," kata wakil syarikat rakamannya itu. 

Masih berkomunikasi - Anne

Sementara itu, Anne telah mengakui hubungan mereka memang sudah pun berakhir pada pihak media. 

Jelas ibu kepada tiga anak ini, perpisahan mereka bukan kerana campur tangan daripada keluarganya.

"Saya anggap semua ini suratan dan sudah tiada jodoh kami. Ianya terlalu peribadi untuk saya bercerita kepada semua mengapa kami berpisah.

"Saya minta maaf kerana tidak dapat berkongsi dengan semua mengenainya, biarlah hanya saya dan dia yang tahu.

"Lagi pun sudah menjadi lumrah hidup, ada yang bertemu dan ada yang berpisah," katanya.

Anne berkata, dia sebenarnya tidak nampak hubungan mereka akan ke tahap yang diharapkan (perkahwinan).

"Saya perlu tegas dalam menentukan kehidupan, saya mempunyai tiga orang anak untuk dibesarkan dan mereka lebih berhak mendapat perhatian saya.

"Ia ujian buat saya, apa pun siapa jodoh saya selepas ini, saya cuma harapkan yang terbaik untuk diri sendiri dan anak-anak," jelasnya.

Walau pun membawa haluan masing-masing, Anne memberitahu, dia dan Aliff masih berkomunikasi.

"Saya ada menghantar SMS pada dia dan kami masih berkawan," katanya yang banyak berdoa dan melakukan solat istikharah untuk membuat keputusan tersebut.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.