PERGOLAKAN rumah tangga membabitkan vokalis kumpulan Wings, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, dan isterinya, Rozana Misbun, 36, masih menjadi perhatian ramai.

Biarpun mengakui bahagia bersama lima orang anaknya, Awie berkata dia tetap memerlukan seorang wanita di sisinya.

Namun buat masa ini dia belum terfikir mahu mencari pengganti kerana sejujurnya kata Awie, apa yang dilaluinya sekarang membuatkan dia takut untuk mendirikan rumah tangga pada masa depan.

“Saya tak boleh tipu diri saya dan saya memang memerlukan wanita (seorang isteri) di sisi saya. Kadang-kadang kita tertekan dengan masalah kerja dan pada siapa lagi kita nak mengadu kalau bukan pada isteri kita.

“Tapi, perempuan gila mana yang mahukan saya? Mungkin ada tapi boleh ke dia sayang saya dan sayang lima anak. Mampu ke dia tahan dengan kerenah-kerenah anak-anak saya yang sedang membesar?

“Bagaimanapun saya belum terfikir ke arah itu (kahwin lain) lagi. Bercerai pun belum," katanya.

Hasil perkahwinan bersama Rozana, Awie dikurniakan 3 cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah (7 tahun), Putra Ahmad Rezzki (6 tahun), Puteri Qasseh Antasha (4 tahun).

Awie turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12.

Menyentuh mengenai hak penjagaan sementara anak yang dibatalkan baru-baru ini, Awie berkata, anak-anaknya menangis sebaik mengetahui perkara itu daripada berita di TV.

"Mereka selesa hidup bersama saya kini dan bila dapat tahu mengenai hal itu, mereka menangis. Apa pun selepas ini, saya akan mempertahankan dan memastikan mereka bersama saya," katanya

Malah, ujar vokalis kumpulan Wings ini,  dia tidak menafikan timbul sesalan dalam dirinya dengan apa yang terjadi tetapi dia menganggap semua itu adalah fitrah kehidupan.

“Saya anggap ini semua fitrah hidup dan pengajaran besar buat diri saya. Sesal tu ada tapi hidup mesti diteruskan. Insya-Allah saya ada perancangan-perancangan untuk masa depan anak-anak. Saya berdoa pada Tuhan agar jangan pisahkan saya dengan anak-anak," ujarnya.


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • FIGURA ini terkenal dengan imej rock. Namun, imej dibawa tidak sesekali membuatkan beliau kekok berbicara mengenai isu alam sekitar, malah menyokong kempen #blackoutbumisakit,
  • BAGI menyemarakkan lagi lanskap dunia hiburan tanah air dan mengangkat muzik rock selain memberi lebih pilihan kepada penggemar muzik di negara ini, Astro Prima mengambil inisiatif mewujudkan program realiti terbaru berjudul Rockanova.
  • PENYANYI rock Awie selamat bergelar suami kepada Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin dengan sekali lafaz pada jam 12.10 tengah hari tadi.
  • BERITA gembira bagi peminat penyanyi popular, Awie apabila dia mengumumkan bakal berkahwin bulan ini.
  • PENYANYI dan pelakon Awie diperintah oleh Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini untuk membayar nafkah sebanyak RM4000 sebulan kepada dua anaknya yang kini berada di bawah jagaan bekas isterinya, Rozana Misbun.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.