SEBANYAK 12 lagu mengesahkan tempat bagi bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang bakal bersiaran secara langsung Februari depan di TV3.

Bagaimanapun, pengumuman 12 lagu tersebut yang dilakukan pada malam ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-32, Ahad lalu mencetuskan sensasi apabila Ayda Jebat meluahkan rasa kecewa menerusi Instagram miliknya.

Luahan tersebut berkait rapat dengan lagu nyanyiannya, Mata yang gagal mara ke final acara muzik tahunan itu.

Penyanyi dan pelakon itu dikatakan secara terbuka mempertikaikan keputusan tersebut, sekali gus menimbulkan reaksi pelbagai netizen.

Sebelum ini penyanyi yang turut sinonim menerusi lagu Nakal Nakal Nakal itu  memberikan persembahan meyakinkan pada minggu pertama saingan, lengkap dengan skil tarian dan kostum memukau.

Sinar Online menghubungi pihak pengurusan Ayda, Paranormal Talents bagi mengetahui situasi sebenar berhubung perkara tersebut.

Jelas Pengasas Paranormal Talents, Prashan Chitty atau lebih dikenali dengan nama Melakaboy, pada masa ini, pihak pengurusan belum sempat berbincang mengenai komen-komen terbuka yang ditulis oleh Ayda.

Bagaimanapun, pihak pengurusan memahami perasaan penyanyi tersebut yang mungkin kecewa memandangkan Ayda memberikan komitmen yang sangat tinggi untuk bertanding menerusi Mata.

Melaka Boy yang ketika ini berada di Jakarta atas urusan kerja turut menambah, mereka tidak dapat mengulas lebih lanjut berhubung isu berkenaan.

Katanya, bila pulang ke Malaysia, dia perlu fahami terlebih dahulu apakah situasi yang berlaku sebelum memberikan komen secara lebih terperinci.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEJAK muncul dengan single keempat berjudul Mata awal Jun lalu, Ayda Jebat kekal konsisten sebagai antara penyanyi yang aktif melancarkan single baru.
  • BIASANYA, kebanyakan selebriti memilih untuk berehat sepanjang bulan Ramadan bagi memberi ruang untuk bersama keluarga dan juga menumpukan kepada ibadah.
  • TUJUH tahun lalu, dia hanya gadis biasa yang cuba mempertaruhkan bakat melalui program Akademi Fantasia musim kesembilan.
  • SELEPAS berjaya mencipta fenomena dengan single Pencuri Hati tahun lalu, kini Ayda Jebat tampil dengan buah tangan terbaru, Nakal Nakal Nakal.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.