ISU cadangan untuk menutup pusat tahfiz yang menjadi tular baru-baru ini telah menarik perhatian ramai sehingga mencetuskan pelbagai reaksi.

Rata-rata tidak bersetuju dengan cadangan tersebut yang disifatkan sebagai sesuatu provasi yang sengaja dilakukan untuk menarik perhatian ramai.

Anggota kumpulan UNIC, Fakhrul menerusi laman Instagramnya turut meluahkan kekesalannya berhubung isu tersebut yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak patut berlaku.

“Nak tutup Tahfiz sebab tak ada masa depan konon. Last-last bila meninggal nanti, cari budak Tahfiz juga datang mengaji kat depan mayat kita.

“Ramai je lepasan Tahfiz yang jadi manusia yang hebat dalam perlbagai bidang,” luah Fakhrul dengan tanda pagar #SayaBudak Tahfiz.

Tambah Fahkrul, sepatutnya pusat Tahfiz perlu dipantau dan diselia dengan lebih baik, bukan dengan cara menutupnya.

Malah sebagai bekas pelajar Tahfiz, Fakhrul ternyata kesal dengan cadangan tersebut dan melihat seolah-olah pelajar Tahfiz tiada masa depan dalam soal kerjaya.

“Pusat tahfiz perlu diselia pantau, bukan di tutup. Setuju? Masa belajar Tahfiz dulu, ada yang tanya besar nanti nak makan apa?

“Sekarang alhamdulillah, betul rupa-rupanya.. Mana-mana pergi pun orang tanya, ‘nak makan apa?’ Siap tolong hidang. #rezekiAllahbagi,” tulisnya dengan makna yang tersirat.