NAMA pelakon Fathia Latiff kini menjadi bualan netizen apabila dia memuat naik satu status di laman Twitter miliknya.

Fatiya atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff memberikan pandangan mengenai kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) bahawa masyarakat Malaysia akan menjadi bebas mata wang menjelang tahun 2050 nanti.

"Kita nak jadi macam zaman batu balik ke? Buat sistem barter balik, kau bagi aku televisyen, aku bagi kau basikal. Takut," tulisnya.

Komennya itu menjadi tular dan mendapat perhatian netizen prihatin apabila ada diantara mereka menjadikan komen tersebut sebagai jenaka seperi Ajibtoo.

"Zaman batu buat sistem barter takpe, jangan zaman batu tak pakai baju seluar," tulisnya.

Ada juga netizen yang bersifat kreatif, memberikan idea apa yang bakal dijawab oleh KJ.

"KJ akan cakap ' sebelum abah cekik kau, baik kau delete'," guraunya.

Namun begitu, ada juga yang cuba memperjelaskan maksud 'cashless' tersebut pada pelakon itu seperti pengguna Twitter, KojioZainal.

"Perbankan atas talian, kad kredit dan debit tu contoh 'cashless'. Zaman batu apa kejadahnya sis oii," tulisnya.

Dalam pada itu, ada juga netizen seperti Amir Adlan yang menyenaraikan negara-negara yang sudah mengamalkan budaya 'cashless' ini.

"10 negara yang sudah mengamalkan budaya 'cashless' adalah Canada, Sweden, United Kingdom,Perancis, Amerika Syarikat,China, Australia, Jerman, Jepun dan Rusia.

"Kalau ikut logik sis ni, banyak la negara nak kembali ke zaman batu, kurangkan aktiviti tidak berfaedah, banyakkan membaca," tulisnya.

Sementara itu, Fatiya cuba mempertahankan kenyataannya sebelum ini mengatakan bahawa maksud di sebalik perkataan itu mempunyai banyak makna.

"Cashless ini banyak maksud, nak tulis tajuk biar terang, ni bukan tulis gosip, tau tak 'first impression' penting  dalam tajuk berita," tulisnya.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SETELAH berakhirnya drama Tabir Zulaikha, kini giliran drama terbaharu, Bencinta terbitan Zeel Production menemui penonton TV3, setiap Selasa hingga Khamis, jam 10 malam.