SHAH ALAM - Selebriti terkenal, Dynas Mokhtar, 29, mengakui jadual hariannya agak padat menjelang 1 Syawal.

Ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini, Dynas berkata, sepanjang Ramadan, dia banyak mendapat tempahan daripada pelanggan terutamanya dari kalangan peminat beliau.

“Jika dulu saya hanya menjual pakaian yang sudah siap sahaja, kini saya mula mengambil tempahan-tempahan khas mengikut ciri-ciri yang diinginkan oleh para pelanggan.

“Selain itu saya juga mengambil tempahan baju untuk satu keluarga mengikut citarasa dan warna yang mereka inginkan,” jelas Dynas yang baru sahaja merasmikan butik kedua beliau iaitu Dynas Nursing Attire,” katanya.

Apabila ditanya berkenaan aktivitinya sebagai selebriti pada bulan Ramadan, pelakon drama Susuk itu berkata, dia tidak mempunyai banyak masa terluang dan kurang mengikuti penggambaran atau program-program raya.

“Tahun ini saya banyak luangkan masa saya untuk menguruskan tempahan serta pembukaan butik baru sahaja.

“Selain itu, saya juga ada terlibat dalam aktiviti membuka gerai jualan di KLCC yang akan bermula pada Jumaat dan Sabtu ini,” jelas.

Dynas yang baru sahaja selesai berpantang selepas kelahiran anak keduanya, Mohamed Haqaish menambah, dia akan mengadakan program berbuka puasa bersama anak-anak yatim Kasih Harmoni di Sungai Buloh pada 13 Ogos ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.