PENYANYI Ifa Raziah berkata dia kini berada di balai polis ibu kota bagi membuat satu laporan polis kerana disentuh penyanyi Sheeda Dangdut, sebentar tadi.

Terdahulu, video Sheeda yang dirakam anaknya itu dimuat naik di akaun Instagramnya menjadi tanda tanya apakah kemelut sebenarnya yang berlaku di antara kedua-dua bintang dangdut itu.

"Saya di balai polis buat laporan. Siapa yang sentuh dia yang salah," kata Ifa kepada Sinar Harian ketika dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan video berkenaan.

Video tersebut merakamkan Sheeda sedang mengejar Ifa Raziah dan menarik lengannya di sebuah parkir.

"Bersemuka tak berani pulak, perempuan plastik..suka buat hal..kena bg pengajaran supaya dia insaf.

"Pandai pulak ko lari dan buat2 tak nampak, belakang aku.

"Semua orang ko canang cerita memburuk2kan aku.

"Sekarang biar semua org tahu kau penakut!!!!!

Penipu!!!! Ini jawapannya," tulis Sheeda pada video rakaman itu dengan tanda pagar, Perempuanpropa.

Sementara itu, usaha Sinar Harian mendapatkan jawapan daripada Sheeda masih belum terjawab.