HARI ini, genap sembilan tahun penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Melalui video yang sempat dirakam Media Hiburan, plantun lagu Jerat Percintaan ini melahirkan harapan agar dia dan suami diberikan kekuatan, kesihatan yang baik dan kebahagian yang berpanjang.

"Biarlah perkahwinan kami berkekalan hingga ke hujung nyawa dan diberi kesabaran dalam melayari pelbagai cabaran sebagai suami isteri dan ALLAH memakbulkan impian saya," kata Siti

Siti Nurhaliza melangsungkan pernikahan di Masjid Wilayah Persekutuan, Putrajaya, pada 21 Ogos 2006, di hadapan kira-kira 2.86 juta penonton TV menerusi siaran langsung.
 
Jamuan perkahwinan gilang gemilang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 28 Ogos 2006, dan disaksikan oleh 6.307 juta penonton di seluruh negara.

Perkahwinan Siti dan Datuk Khalid ini tersenarai di tangga ke-16 dalam senarai 20 Perkahwinan Terunggul seluruh dunia pada tahun 2006 dalam blog Yahoo! Buzz.