RENTETAN kejayaan pelakon Bront Palarae, membawakan watak sebagai pengulas sukan dalam filem Ola Bola, netizen mencadangkan beliau diangkat sebagai pengulas final bola sepak Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Cadangan sama turut disuarakan oleh penyanyi Altimet dengan mengatakan, "Siapa setuju tekan 'like'. Walaupun brader Bront kita cuma mainkan watak pengulas dalam filem Ola Bola," tulisnya di Facebook.

Altimet atau nama sebenarnya Ahmad Abdul Rahman turut menyertakan satu keratan ‘retweet’ Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin supaya cadangan itu menjadi kenyataan.

"Kami mahu Bront Palarae menjadi pengulas sukan final Sukan Sea, tolong jadikan ia kenyataan KJ," itu paparan keratan Twitter tersebut.

Cadangan Altimet itu terus dibanjiri komentar netizen, antaranya Said Harull yang sangat bersetuju dengannya.

"Final kali ini ambil Bront Palarae la," katanya.

Sementara itu, Manal Lutfi berkata, sekurang-kurangnya dia dapat mendengar perkataan gol penuh semangat daripada Bront, merujuk ungkapan 'magisnya' dalam Ola Bola.

"Paling paling kurang pun, dapat dengar 'gooooooooooooooooooooooooooooool' dari Bront. Haha!," katanya.

Dalam pada itu, Jimi Jimang berkata, "Elok Sangat tu," katanya.

Filem, Ola Bola mengambil latar belakang kisah pasukan Malaysia pada zaman 1980an yang berdepan pelbagai rintangan untuk layak ke sukan Olimpik Moscow ketika itu.

Lebih menarik, filem terbitan Astro Shaw itu mengimbau nostalgia penonton merasai suasana dan melihat kehebatan pasukan kebangsaan.

Di sebalik watak 1Malaysia menghidupkan plot penceritaan, lakonan aktor berpengalaman, Bront Palarae sebagai pengulas sukan dalam filem itu menjadikan wataknya paling menyerlah dan menghiburkan.

Terdahulu, Malaysia mengesahkan tiket ke perlawanan akhir bola sepak lelaki KL2017 selepas menewaskan musuh tradisi, Indonesia di Stadium Shah Alam malam semalam.

N Thanabalan menjadi wira skuad negara dengan gol kemenangan pada minit ke - 87.

[ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia tundukkan Indonesia, mara ke final]

Keputusan itu menyaksikan Malaysia bakal berdepan dengan Thailand yang turut mara ke final selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Myanmar.

[ARTIKEL BERKAITAN: Juara bertahan Thailand mara ke final bola sepak]

 

 

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KELIBAT aktor ini dalam industri seni tidak perlu diperkenalkan lagi.
  • NAMANYA mungkin tidak sekukuh finalis Hero Remaja lain seperti Kamal Adli atau pun Fizo Omar dalam dunia seni lokal. Namun bagi Jaslin Puasa atau nama sebenarnya Mohd Jaslin Puasa, dia optimis mengejar impian, sekali gus meletakkan dirinya sebaris dengan ‘rakan Hero’ yang lain dalam gelanggang lakonan dan pengacaraan.
  • TIDAK hanya soal peribadi, aktor Bront Palarae juga sangat berahsia ketika berbicara mengenai perkembangan karier seninya.
  • SELEPAS kejayaan drama bersiri Dead Mine (2012), Serangoon Road (2013) dan Grace (2014), siri original HBO Asia kembali dengan Halfworlds.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.