[TERKINI, 9 PETANG] PETALING JAYA - Pelakon dan pelawak Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi, 40, meninggal dunia di kediamannya  di Seksyen 11 di sini, 4.38 petang tadi.

Jururawat peribadi Allahyarham Mohd Farid  Hamzah berkata, dia menerima panggilan daripada isteri arwah, Normah pada 3.50 petang memberitahu bahawa Bob tidak sedarkan diri selepas beberapa kali cuba dikejutkan.

"Saya bergegas ke rumah  selepas melihat keadaannya saya segera mendapatkan bantuan hospital dan pemeriksaan paramedik kemudiannya mengesahkan Bob sudah pun meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya,  sebelum itu Bob kelihatan tidak bermaya dan hanya mampu baring serta beberapa kali rebah.

Difahamkan Bob sebelum ini pernah mendapatkan rawatan di Hospital Tawakal  kerana  sakit jantung, darah tinggi dan paru-paru berair serta mengalami masalah obesiti.

Sementara itu, salah seorang rakan niaga arwah Jumie Mohamad, 37, berkata, kali terakhir bertemu arwah kelmarin.

“Saya bawakan Bob kentang untuk bersarapan dan sebaik selesai makan dia berasa penat dan mahu tidur, sebelum itu dia minta saya tolong angkatkan kakinya,” katanya.

Menurutnya, dia dapat melihat keadaan arwah amat keletihan dan dia sendiri tidak dapat berbual panjang seperti kebiasaan.

“Saya senang berurusan kerja dengan arwah kerana dia mudah bertolak ansur serta boleh dibawa berbincang dengan mudah dan kehilangannya amat dirasai,” katanya.

Seorang lagi rakan arwah, Emri Shamriza Chi Embi,33, memberitahu arwah ada menghubunginya  jam 4.30 pagi tadi.

“Biasanya dia akan berbual tetapi perbualan cukup singkat tidak sangka hari ini dia sudah tiada,” katanya.

Tambahnya lagi, sahabat baiknya itu disifatkan senang bergaul dan dia sendiri banyak menimba pengalaman bermain alatan muzik dari Allahyarham.

Isteri Allahyarham Normah Ahmad, 33, enggan ditemu bual kerana terlalu sedih.

Tahap kesihatan Bob mula merosot selepas dia terjatuh ketika pengambaran selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yang menyebabkan dia mengalami masalah sesak nafas dan bengkak kaki.
 
Bob  mengemparkan industri hiburan negara  selepas berita palsu mengatakan dirinya sudah meninggal dunia tersebar melalui laman sosial 21 April lalu.  

Jenazah Bob dimandi dan dikafan di Masjid Kota Damansara sebelum dikebumikan di kampung halamannya di Negeri Sembilan.

Turut hadir melawat Allahyarham Bob ialah  pelakon yang juga  Presiden Seniman Harun Salim Bachik.

Terdahulu, berita kematian disahkan sendiri oleh Pemangku Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Keputusan untuk mengetahui identiti sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman mungkin mengambil masa lebih lama apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendakwa telah ‘dihalang’ untuk meneruskan prosedur berkenaan.
  • SHAH ALAM - Pengasas Semboyan Satu Malaysia, Muhammad Yusuf Azmi menyeru orang ramai agar berhemah ketika membicara mengenai isu jantina, Jutawan Kosmetik Nur Sajat Kamaruzzaman.
  • SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dijangka mengambil tempoh yang agak panjang bagi mengesahkan identiti sebenar usahawan kosmetik, Nursajat Kamaruzzaman.
  • SHAH ALAM - BARISAN pemain bola sepak selebriti dari pasukan Super Lawak FC bakal memerah keringat mereka demi membantu masyarakat Islam Rohingya melalui satu perlawanan amal #SINAR4ROHINGYA hari ini.
  • SHAH ALAM - Sebagai insan seni, mereka dinasihatkan agar tidak menjadi alat kepada parti pembangkang, demikian menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor.