“Tak, tak,” ujar Amy sebelum segera meletakkan panggilan telefon ketika ditanya mengenai khabar bahawa dia  sudah diisytihar muflis.

Khabar itu ternyata mengejutkan ramai apabila sebelum ini, dua penyanyi- Aweera dan Farah Diana Anuar turut dikatakan muflis, namun Farah sehingga kini masih belum memberi sebarang penjelasan.

Perkara tersebut didedahkan oleh sebuah portal hiburan yang difahamkan mendapat salinan surat pengisytiharan muflis penyanyi berusia 55 tahun itu.

Apatah lagi, ia turut dilengkapi nama penuh Amy iaitu Suhaimi A Rahman, bersama nombor kad pengenalannya.

Menurut beberapa sumber, vokalis kumpulan Search itu dipercayai gagal untuk menyelesaikan sejumlah hutang yang dipinjamnya bagi menjayakan konsert jelajah kumpulan Search sekitar 2009.

Justeru, perkara tersebut telah dibawa ke mahkamah dan keputusan yang dikeluarkan telah menyebabkan Amy muflis. Namun sejauh mana kebenaran berita ini, hanya dapat disahkan oleh Amy sendiri.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • IBU kepada penyanyi terkenal, Amy Search diberitakan terjatuh di rumah kampung, Johor ketika hendak ke bilik air.
  • "KAMI ingin menjelaskan bahawa pihak syarikat tidak terlibat langsung dalam pengambilan gambar dan juga penggunaan gambar itu," kata peguambela dan peguamcara, Shahrulazwad Ismail.
  • SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini menetapkan sehingga 15 Februari tahun depan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memfailkan petisyen pemiutang bagi meneruskan prosiding kes bankrap ke atas pelakon Shaheizy Sam.
  • BAPA kepada pelakon ternama, Nabila Huda yang juga rockers terkenal, Amy Search berharap suami anaknya itu mampu membimbing Nabila dan mendoakan yang terbaik buat pasangan itu.
  • SEJAK menubuhkan sekolah tahfiz Al Bayan School of Quran & Hadith pada Disember tahun lalu, penyanyi terkenal, Amy Search meneruskan usaha untuk mengumpulkan dana buat sekolah terbabit.