MANILA - Lebih 1,500 penduduk di bandar Manila sanggup beratur panjang bagi menikmati hidangan burger setinggi lima inci pada harga istimewa di Zark's Burgers, terletak di bandar La Salle, Manila, Filipina sempena 'Jawbreaker Day'.

Burger setinggi lima inci itu mengandungi tiga lapis daging, sos keju sayuran dan sos yang dicipta sendiri oleh syarikat berkenaan.

Pemiliknya, Zark berkata, pada hari biasa burger itu dijual pada harga 250 peso (RM19), namun sempena 'Jawbreaker Day' burger berkenaan dijual pada harga 150 peso (RM11).

Menurutnya, sebahagian pelanggan sanggup beratur selama tujuh jam untuk mendapatkan burger berkenaan.

"Kami membuat perubahan dengan mengadakan 'Jawbreaker Day' setiap minggu berbanding sebulan sekali sebelum ini. Mereka yang inginkan burger ini perlu membeli kupon tiket sebagai tempahan awal," katanya.

Beliau berkata, 'Jawbreaker Day' juga menganjurkan pertandingan menikmati burger, kentang goreng dan teh ais terpantas secara percuma.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MANILA - FILIPINA. Pemimpin Asean mahu kerajaan Myanmar terus melaksanakan syor-syor dalam laporan akhir Suruhanjaya Penasihat mengenai Wilayah Rakhine dan mengambil langkah menangani krisis pelarian Rohingya.
  • MANILA - FILIFINA. Sidang Kemuncak Asean berlangsung selama dua hari di ibu negara Filipina gagal mencari jalan penyelesaian berhubung isu Rohingya, namun pemimpin de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi bersetuju menerima bantuan kemanusiaan untuk golongan tersebut.
  • MANILA - FILIPINA.Penasihat Myanmar, Aung San Suu Kyi bertemu Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan diplomat tinggi Amerika Syarikat (AS) di Filipina, kelmarin.
  • MANILA - FILIPINA. Pemimpin 10 negara anggota Asean hari ini menandatangani Konsensus Asean bagi Perlindungan dan Penggalakan Hak Pekerja Migran bertujuan melindungi jutaan pekerja migran di seluruh Asia Tenggara. Presiden Filipina Rod
  • MANILA - Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in pada Selasa menggesa pertingkatkan usaha untuk membentuk masyarakat serantau dalam kalangan negara Asia Tenggara dan tiga negara Asia Timur termasuk China serta Jepun, lapor agensi berita Yonhap.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.