MOSCOW - RUSIA. Aksi fiksyen 'The Hunger Games' yang biasa dilihat menerusi filem kini bakal menjadi rancangan realiti apabila Rusia mengumumkan akan menganjurkan rancangan 'The Hunger Games' dalam dunia sebenar.

Memetik laporan The New York Post, seramai 16 peserta bakal bersaing untuk merebut gelaran juara dan memenangi hadiah yang ditawarkan sebanyak ASD1.6 juta (RM7.08 juta).

Sama dengan konsep perlawanan yang terdapat dalam 'The Hunger Games', rancangan realiti 'Game2:Winter' itu 'memaksa' 16 pesertanya berlawan untuk kekal hidup hingga ke akhir pertandingan.

Rogol, bunuh dan apa sahaja bentuk serangan adalah dibenarkan dalam rancangan realiti penuh kontroversi itu.

Walaupun ramai menganggap penganjur rancangan itu 'hilang akal', rancangan itu sudah menerima penyertaan daripada 30 peserta di serata dunia termasuk Korea Selatan, Sweden dan Rusia.

Pertandingan kalah mati ini bakal berlangsung di lokasi terpencil di sebuah pulau terpencil di Siberia dan ditayangkan di seluruh dunia bermula Julai akan datang.

Difahamkan, peserta perlu melakukan apa sahaja untuk kekal hidup sehingga 1 April 2018.

Penganjurnya yang tidak mahu dikenali berkata, pihaknya tidak menolak yang bakal berlaku pertembungan kasar antara peserta dalam pertandingan tersebut.

"Kami tidak boleh campur tangan atau buat apa-apa sekiranya peserta mengasari peserta lain dalam pertandingan nanti.

"Apa yang boleh kami lakukan hanyalah membiarkan kamera merakam segalanya yang terjadi dalam pertandingan itu," katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MOSCOW - RUSIA. Rusia menggesa negara-negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang memutuskan hubungan dengan Qatar menyelesaikan krisis yang berlaku menerusi dialog, lapor agensi berita Qatar (QNA).
  • MOSCOW - Rusia dilaporkan memperhebat kempen ketenteraan dengan melancarkan peluru berpandu dari kapal tentera laut mengenai beberapa kedudukan Daesh di Palmyra, Syria, semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.