SYDNEY - Berita baik kepada penggemar teh, bahawa kajian dari Universiti Australia Barat dan Unilever mendapati dengan mengamalkan pengambilan tiga cawan teh sehari mampu mengurangkan tekanan darah tinggi.

Bagaimanapun, berdasarkan penemuan itu, ketua penyelidik, Profesor Jonathan Hodgson masih tidak dapat memastikan keberkesanannya jika individu memilih untuk meminum teh hitam atau menambah susu dalam minuman tersebut.
 
Teh merupakan minuman kedua pilihan masyarakat dunia selepas air kosong kerana ia kaya dengan zat kimia polifenol, antioksida yang mampu menghentikan pertumbuhan sel kanser.
 
Kajian dari Universiti Harvard mendapati minuman itu juga mampu meningkatkan sistem imun seseorang .
 
“Pada masa yang sama, kita juga perlu mengurangkan pengambilan garam dan memakan lebih banyak buah dan sayur-sayuran bagi mengekalkan kesihatan fizikal di samping berkesan untuk menurunkan tekanan darah,” jelas Hodgson.
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SYDNEY - AUSTRALIA. Masa depan politik Timbalan Perdana Menteri Australia, Barnaby Joyce kini menjadi persoalan selepas beliau dilaporkan mempunyai dua kewarganegaraan.
  • SYDNEY - AUSTRALIA. Seorang remaja dari Australia diserang oleh hidupan laut pemakan daging yang spesiesnya belum dikenal pasti di pantai di Melbourne.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.