DUBLIN - Seorang penganggur warga Ireland mendapat idea baru dan lebih kreatif untuk membina rumahnya dari carikan wang kertas bernilai 1.4 bilion euro (RM5.6 bilion) yang dipinjam dari kilang pencetak wang kebangsaan di negara itu.

Frank Buckley mendakwa dia mengambil masa selama empat tahun untuk menyiapkan apartmen kecil di lobi sebuah bangunan pejabat di Dublin dengan hanya menggunakan carikan wang kertas dalam bentuk batu-bata.

“Siapa sangka dinding dan lantai rumah kecil ini bernilai berbilion euro. Saya mahu mencipta sesuatu yang berbeza dan unik,” menurutnya.

Buckley kini sedang menyiapkan projek menambah bahagian dapur untuk melengkapkan apartmen ‘mewahnya’..

Dalam satu kenyataan, dia turut berharap masalah krisis hutang Eropah dapat diselesaikan, tetapi jika gagal Buckley berhasrat menggunakan carikan wang kertas tersebut untuk projek baru pada masa akan datang.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • DUBLIN - IRELAND. Ahli Majlis Dublin kelmarin mengundi untuk membatalkan anugerah yang diberikan kepada pemimpin Myanmar, Aug San Suu Kyi sebagai membantah cara wanita itu menangani keganasan terhadap etnik Islam Rohingya di negara berkenaan.
  • DUBLIN - IRELAND. Sedangkan hendak menelan sebiji pil pun sukar, bayangkan pula bagaimana seorang banduan boleh menelan telefon bimbit!
  • DUBLIN - IRELAND. Pemimpin parti Fine Gael dan Perdana Menteri Ireland, Enda Kenny mengaku kalah selepas dihukum pengundi dalam pilihan raya umum (PRU).
  • DUBLIN - IRELAND. Seorang ahli bina badan pengsan selepas kekurangan darah untuk sampai ke otak gara-gara baju yang dipakai terlalu ketat, kelmarin.
  • DUBLIN - Sebuah gereja Katolik di Ireland didakwa melakukan penderaan kanak-kanak susulan penemuan hampir 800 rangka budak di sebuah kubur besar di barat negara itu.