The Sun
$entry.content.caption.value

LONDON - Lima kakitangan akhbar paling laris di UK, The Sun merupakan antara lapan orang ditahan berhubung isu sogokan kepada anggota polis dan kakitangan awam.

Seorang pegawai Surrey Police, anggota pasukan tentera dan kakitangan Kementerian Pertahanan merupakan antara mereka yang ditahan.

Laporan BBC menyebut, editor foto John Edwards, ketua pemberita John Kay, ketua koresponden luar negara Nick Parker, pemberita John Sturgis dan editor bersekutu Geoff Webster merupakan  mereka yang ditahan.

Ia sebahagian daripada tangkapan di bawah Operation Elveden berhubung dakwaan bayaran rasuah kepada polis.

Penahanan terbaru memperlihatkan operasi itu diperluaskan merangkumi siasatan ke atas bukti-bukti berkaitan dengan dakwaan rasuah melibatkan pegawai-pegawai perkhidmatan awam bukan polis.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.