BEIJING - CHINA.Mahkamah China semalam memutuskan, seorang penerbit kartun bertanggungjawab menyebabkan kecederaan terhadap dua kanak-kanak selepas tindakan mereka meniru aksi di dalam rancangan kartun tersebut.

Agensi berita Xinhua melaporkan, dua beradik dari wilayah Jiangsu timur itu cedera parah setelah dibakar seorang rakannya berusia 10 tahun ketika meniru aksi daripada episod Pleasant Goat and Big Big Wolf.

"Penerbit Creative Power Entertaining Co Ltd di  Guangzhou bertanggungjawab terhadap mangsa berusia 7 tahun yang melecur 80 peratus, manakala si abang berusia 10 tahun melecur 40 peratus," menurut laporan itu kepada AP.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.