Protes
$entry.content.caption.value

BANGKOK - Ratusan penduduk Islam mengadakan perhimpunan aman di pejabat Perdana Menteri Yingluck Shinawatra, semalam bagi membantah tindakan sebuah sekolah menengah aliran Buddha melarang pelajar Islam memakai tudung.

 
Kumpulan aktivis Muslim Group for Peace menyifatkan tindakan Sekolah Menengah Wat Nongjok tidak membenarkan pelajar Islam memakai tudung sebagai tindakan prejudis terhadap Islam.
 
Mereka mendakwa tindakan sekolah itu, bertentangan dengan peraturan paka-ian seragam sekolah yang ditetapkan Kementerian Pelajaran Thailand kerana pelajar mempunyai hak untuk memilih pakaian seragam mereka.
 
Semasa perhimpunan tersebut, beberapa penunjuk perasaan turut membina dinding batu di hadapan pejabat perdana menteri sebagai simbol halangan yang dikenakan terhadap pelajar Islam itu.
 
Dalam satu kenyataan, pihak sekolah menyatakan kononnya tindakan tersebut terpaksa diambil kerana mahu semua pelajar mematuhi peraturan berhubung pakaian seragam.
 
Sementara itu, Menteri Pelajaran, Woravat Auapinyakul menegaskan pelajar mempunyai hak untuk memakai pakaian seragam mengikut ajaran agama masing-masing berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan kementerian di negara tersebut.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.