BERLIN - Teka-teki dibuat oleh Sir Isaac Newton sehingga merunsingkan dunia matematik sejak lebih 350 tahun lalu, akhirnya dirungkaikan oleh seorang remaja berumur 16 tahun di Dresden, Jerman.

Shouryya Ray, berjaya menyelesaikan dua teori dinamik zarah asas yang sebelum ini hanya dapat dihitung dengan menggunakan komputer berkuasa tinggi oleh ahli fizik.

Hasil penyelesaian Shouryya membuka peluang kepada saintis untuk menghitung laluan balingan bola dan kemudian meramal bagaimana ia akan menghentam serta melantun dari dinding ke dinding.

Anak kelahiran Kolkata, India, menyelesaikan permasalahan rumit itu, ketika menyertai lawatan sekolah di Universiti Dresden yang mana gagal dirungkaikan oleh profesor di situ.

Kebijaksanaan Shouryya dikesan sejak dia mula memasuki persekolahan di Dresden empat tahun lalu selepas berpindah dari Kolkata.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BERLIN - Seorang ahli politik terkemuka Jerman, dikenali dengan sentimen Islamophobia dan anti pendatang, memeluk Islam dan meletak jawatan kepimpinan parti tersebut.
  • BERLIN - JERMAN. Nama Mohammed dilaporkan menjadi salah satu nama paling popular bagi bayi lelaki yang dilahirkan di Jerman.
  • BERLIN - JERMAN. Seorang jururawat di Jerman yang telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup untuk dua tuduhan bunuh didakwa dengan dakwaan membunuh 97 lagi pesakit dalam tempoh beberapa tahun di dua hospital di barat laut negara itu.
  • BERLIN - JERMAN. Ahli politik Jerman akhirnya mencapai kesepakatan untuk membentuk kerajaan gabungan baharu, kelmarin.
  • BERLIN - JERMAN. Seramai 25 cedera selepas sebuah kapal persiaran mewah yang membawa 129 penumpang dari Belgium, Netherlands dan Luxembourg merempuh jambatan lebuh raya di Jerman.