MALANG nasib pasangan gay yang dicekup Jabatan Agama Islam Aceh, Indonesia baru-baru ini apabila video kejadian itu mula tular menerusi laman sosial.

Memetik laporan Kanalaceh.com, tangkapan dibuat berikutan aduan penduduk setempat di Rukoh, Banda Aceh.

Pasangan sejenis tersebut dicekup ketika sedang berkhalwat di sebuah bilik rumah sewa, kira-kira jam 11 malam, Selasa lalu.

Dalam serbuan berkenaan, penguatkuasa agama menemui beberapa barangan bukti berupa kondom.

Pasangan terbabit kemudian dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Soal siasat yang dibuat terhadap pasangan terbabit mengakui mereka bercinta sejak tiga bulan lalu dan telah beberapa kali melakukan hubungan seks luar tabii.

Jika disabitkan bersalah, kedua-dua mereka akan dihukum sebanyak 100 kali sebatan di khalayak ramai.

Berdasarkan cerita penduduk kampung, mereka berdua kerap dilihat bermesra seperti pasangan suami isteri.

Menerusi rakaman berdurasi 2 minit 55 saat itu, salah seorang daripada pasangan terbabit dilihat bertelanjang bulat.

Salah seorang daripada mereka bertindak menghubungi ahli keluarganya meminta tolong sebaik sahaja diserbu penguatkuasa.

“Bang, tolong kami bang, kami ditangkap!” rayu salah seorang pasangan terbabit kepada ahli keluarganya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTAWARINGIN BARAT - INDONESIA. Ketua polis dan Pemadam Kebakaran Daerah Kobar, Herman F Lion naik hairan dengan pengakuan seorang lelaki yang mengakui bahawa dia berkasih dengan pondan walaupun sudah lapan bulan berdampingan dan pernah melakukan hubungan intim.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.