SINGAPURA - Perkhidmatan kongsi basikal, oBike bekerjasama dengan polis untuk mengesan lelaki dan wanita yang dirakam mencampak basikal ke dalam parit.

Menurut portal Singapura Mothership, oBike juga mengesahkan basikal yang dibuang dalam video yang menjadi tular itu, adalah milik mereka.

"OBike sedar yang video itu tersebar meluas dan basikal-basikal tersebut sememangnya milik kami. Ini terbukti suspek telah merosakkan basikal kami dan kami kecam tindakan itu.

"Pasukan operasi kami bekerjasama dengan polis untuk kesan mereka yang bertanggungjawab," kata oBike.

Beberapa hari lalu, satu rakaman video berdurasi 13 saat, menunjukkan seorang lelaki dan wanita menolak dua basikal ke dalam parit menjadi tular di laman sosial namun tidak dapat disahkan sama ada insiden itu berlaku di Malaysia atau Singapura.

[ARTIKEL BERKAITAN: Netizen kesal, kemudahan oBike disalah guna]

Pelayar laman sosial ternyata tidak gembira menyaksikan rakaman tersebut.

"Pasangan tak ada otak!" kata seorang pelayar laman sosial, Facebook.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :