NEW YORK - Semua pengangkutan awam New York, Amerika Syarikat seperti kereta api bawah tanah, bas dan kereta api antara wilayah dihentikan berikutan ketibaan badai Taufan Sandy, yang disifatkan sebagai paling membahayakan.

Pihak berkuasa tempatan arah sistem pengangkutan ditangguhkan kerana dikhuatiri berlakunya banjir dan kerosakan angin akibat taufan yang dijangka melanda pantai timur laut Amerika.

Manakala, pihak berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey, yang mengendalikan lima lapangan terbang di wilayah New York turut melakukan tindakan sama dengan membatalkan semua jadual penerbangan domestik dan antarabangsa mulai semalam.

“Kami jangkakan akan berlaku gangguan teruk dan berterusan sehingga Rabu,” katanya.

Sementara itu, semua pasaran saham AS juga ditutup awal semalam, bagi menghentikan segala urusan pelaburan.

Semua penduduk juga giat melakukan tebing penghalang dengan menggunakan beg pasir yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan serta menerima bantuan makanan dan minuman bagi bekalan kecemasan.

Taufan Sandy yang mengancam selatan AS, memaksa beratus ribu penduduk berpindah ke kawasan lebih tinggi.

Laman web perkhidmatan ramalan menunjukkan angin berkelajuan 120 kilometer sejam bakal melanda beberapa bandar di timur AS hari ini dengan purata ombak setinggi 3.4 meter. - Reuters

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.