VATICAN CITY - Pemimpin Roman Katolik, Pope Francis  mengharapkan agar ada keamanan buat Baitulmaqdis serta mencadangkan agar diadakan dialog antara Palestin dan Israel lapor BBC.

Beliau berkata demikian ketika memberikan mesej Hari Krismas, semalam.

"Ketegangan antara kedua-dua negara tersebut makin meningkat, oleh itu wajar sekiranya rundingan dibuat antara Palestin dan Israel yang boleh mewujudkan kedamaian antara mereka.

"Pada hari perayan ini, marilah kita meminta agar tuhan memberikan keamanan buat Baitulmaqdis dan semua tanah suci," katanya.

Konflik antara Palestin dan Israel melibatkan pengistiharan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengakui Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Langkah kontroversi tersebut ternyata mendapat kutukan antarabangsa.

Minggu lalu, anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan tegas menyokong resolusi yang mengatakan pengisytiharan Trump adalah batal dan tidak sah.

Sementara itu, pemimpin tersebut turut menyentuh isu-isu antarabangsa yang lain seperti krisis konflik Syria, Iraq serta Venezuela dan Korea Utara.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • VATICAN CITY - ITALI. Para pemimpin agama dunia, hari ini buat pertama kali dalam sejarah, bergabung mengisytiharkan komitmen mereka untuk menghapus perhambaan moden dan pemerdagangan manusia menjelang 2020.
  • VATICAN CITY - Buat pertama kalinya dalam sejarah, solat dan bacaan Al-Quran akan diperdengarkan di Vatican City hari ini dalam usaha mengakhiri krisis antara Israel dan Palestin.