KAHERAH - Ketua Syarikat Gas Asli Mesir Holding, menamatkan kontrak menghantar bekalan gas ke Israel disebabkan adanya pencabulan terhadap kontrak yang dipertanggungjawabkan, namun Israel menafikan dan berkata, ia membelakangi perjanjian damai dua buah negara itu.

Pegawai tertinggi syarikat gas, Mohamed Shoeb berkata, keputusan berkenaan bukan bersifat politik dan tidak berkaitan dengan perhubungan perdagangan luar.
 
Katanya, dalam tempoh empat bulan, negara iitu gagal membayar khidmat gas berkenaan sebaliknya jurucakap kementerian luar Israel, Yigal Palmor menafikan tuntutan berkenaan.
 
Perjanjian gas Mesir-Israel pada 2005 turut mendapat kritikan lantang daripada pemimpin pemberontakan popular yang menjatuhkan Presiden Mesir, Hosni Mubarak, tahun lalu.
 
Para pengkritik menuduh Israel mendapat harga di bawah tawaran termasuk beberapa kroni Mubarak yang menggelap berjuta-juta ringgit daripada hasil dagangan sumber itu.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.