SHANGHAI - Tujuh orang dilaporkan cedera dalam rempuhan manusia membabitkan lebih 100 peminat ikon bola sepak dunia, David Beckham di satu majlis di pekarangan padang bola sepak di timur laut Shanghai, China, semalam.

Beckham, 38, yang terpaksa membatalkan lawatan Shanghai sebagai duta Liga Super Cina (CSL) susulan insiden itu, meluahkan rasa kecewa dan berharap mangsa rempuhan pulih semula.

Lapor akhbar tempatan, rempuhan tercetus apabila ratusan pelajar dan peminat berasak-asak memasuki kawasan padang bola sepak di Universiti Tongji.

Jurucakap polis berkata, mangsa cedera termasuk tiga pegawai polis dan dua pengawal keselamatan universiti yang kesemuanya mengalami luka dan lebam pada anggota badan.

"Majoriti yang hadir memakai jersi kelab bola sepak Manchester United yang bernombor '7' yang pernah digunakan oleh Beckham," katanya dalam laporan BangkokPost.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :