MELANCONG antara hobi yang mudah dilakukan asalkan mempunyai kewangan kukuh.

Di mana lokasi sekalipun, sikap hormat-menghormati dan saling menjaga kebersihan antara faktor utama yang dirasakan perlu jika melancong ke luar negara.

Namun adakah negara Malaysia tergolong dan layak bergelar pelancong paling teruk di dunia?

Memetik iluminasi.com, berikut adalah lima negara yang dilabelkan memiliki rakyat paling teruk ketika melancong ke luar negara.

1. China

Pelancong China mempunyai reputasi sangat buruk berikutan tidak tahu menajaga kelakukan dan pernah membersihkan najis anak mereka di ruang makan.

Kerajaan China sendiri berasa malu dengan perangai segelintir rakyatnya yang memburukkan imej negara malah turut membenarkan mana-mana individu yang berjaya merakamkan aksi memalukan pelancong China boleh ditayangkan di televisyen mereka.

2. Britain

Negara kita pernah dikejutkan kisah seorang wanita Britain Elanor Hawkins yang menanggalkan pakaian semasa berada di atas Gunung Kinabalu.

Tindakan itu meinggalkan persepsi buruk terhadap pelancong Britain meskipun telah memohon maaf.

Bukan itu sahaja, dalam kajian dilakukan oleh Kementerian Luar Amerika Syarikat, tujuh dari 100 pelancong mereka mengaku mengadakan hubungan seks di tempat terbuka dan 20 dari 100 mengaku pernah berbogel di khalayak ramai.

3. Amerika Syarikat

Dalam kajian melibatkan pelancong Amerika Syarikat, 64 peratus di antara mereka mengaku pernah membuang air kecil di kolam renang awam, 69 peratus mengaku pernah mencuri di dalam hotel dan 14 peratus mengaku tidak membayar caj dikenakan mereka.

Beberapa kes melibatkan rakyat mereka juga membuktikan teruknya perangai mereka.

4. Rusia

Pelancong Rusia mempunyai tabiat yang sangat menjengkelkan sehinggakan kerajaan mereka terpaksa bertindak menerbitkan risalah panduan pelancong untuk rakyat mereka.

Antaranya, perlu memanggil rakyat Kenya dengan nama lebih sopan dan tidak membandingkan dengan monyet serta tidak bertindak kasar dengan pelancong luar.

5. Jerman

Jerman terkenal sebagai negara maju yang mempunyai sistem masyarakat yang baik namun itu sekadar ilusi sahaja.

Pelancong dari negara mereka tidak boleh lari daripada dilabelkan antara kumpulan pelancong bermasalah hingga melabelkan mereka berlagak, membosankan dan suka berbogel.

Tabiat pelancong Jerman juga menjengkelkan kerana suka meletakkan tuala mereka pada kerusi di tepi kolam sebagai tanda tempat mereka.

Jika tempat mereka diambil, boleh berlaku pergaduhan.