$entry.content.caption.value
TEL AVIV - Kesatuan pekerja terbesar Israel mengumumkan mogok besar-besaran, semalam, menyebabkan lapangan terbang, pelabuhan, bank dan pasaran saham ditutup selepas perbincangan dengan kerajaan gagal membuahkan hasil.
Mogok yang dijangka menyebabkan kerugian ekonomi sehingga AS$500 juta (RM1.5 bilion) sehari itu menjejaskan perkhidmatan kereta api, bank pusat dan pejabat kerajaan rejim itu.
Namun, Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di Tel Aviv hanya ditutup dari jam 6 pagi hingga tengahari semalam mengikut arahan mahkamah.
Kesatuan pekerja Israel menuntut kerajaan mengambil lebih 250,000 pekerja kontrak bagi mengatasi masalah pengangguran di negara itu.
Kerajaan rejim Zionis pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu sejak kebelakangan ini berhadapan pelbagai protes yang dilancarkan rakyat negara itu kerana dasar pentadbirannya yang tidak disenangi.





