JEDDAH - [VIDEO] ARAB SAUDI. Pihak berkuasa Arab Saudi mengenakan sekatan ke atas syarikat pembinaan BinLaden Group, susulan tragedi kren tumbang di Masjidil Haram.

Media tempatan melaporkan, sekatan itu termasuk memberhentikan operasi dan digantung daripada mengambil projek-projek pembinaan baharu.

Kakitangan syarikat milik keluarga pemimpin al-Qaeda, Osama Bin Laden itu turut dikenakan perintah sekatan perjalanan ke luar negara sehingga siasatan selesai dan tindakan undang-undang diambil terhadap syarikat terbabit.

Sekatan berkenaan dikeluarkan selepas pihak berkuasa melakukan siasatan awal terhadap tragedi yang meragut 111 nyawa itu, minggu lalu.

Sebelum ini, siasatan awal menolak motif jenayah, sebaliknya mendapati angin kencang dan ribut menyebabkan kren terbabit tumbang.

BinLaden Group adalah syarikat pembinaan terbesar di negara tersebut yang telah bekerja selama empat tahun dalam projek pembesaran Masjidil Haram bagi menampung peningkatan jumlah jemaah. - Saudi Press Agency

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JEDDAH - ARAB SAUDI. Perbicaraan berhubung insiden kren runtuh yang meragut 111 nyawa jemaah dan mencederakan 238 lain pada 11 September lalu bakal berlangsung menjelang ketibaan musim haji pada kali ini.
  • JEDDAH - ARAB SAUDI. Pakar di Arab Saudi menegaskan kerajaan memerlukan badan khas untuk memantau keselamatan projek utama di negara itu bagi mengelakkan kemalangan sama yang berlaku di Masjidil Haram pada minggu lalu.
  • JEDDAH - ARAB SAUDI. Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud dilaporkan telah bersetuju untuk membayar pampasan kepada semua mangsa yang terlibat dalam nahas kren runtuh di Masjidil Haram petang Jumaat lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.