KOTA BHARU - Kepulangan seramai 344 pegawai dan anggota 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang ditugaskan dalam Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah sejak tiga bulan lalu disambut gembira oleh anggota serta ahli keluarga.

Kesemua mereka terdiri daripada 19 pegawai dan 325 anggota lain-lain pangkat itu tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada jam 5 petang menaiki pesawat Mas, manakala pasukan kedua tiba pada malam tadi dengan menaiki pesawat AirAsia.

Panglima Dua Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd Shukuri Ahmad berkata, beliau gembira melihat kepulangan semua anggotanya dalam keadaan selamat.

“Saya berbangga dengan prestasi serta sifat profesional yang mereka tunjukkan sepanjang menjalankan tugas di sana.

“Berkat doa semua rakyat negara ini tiada perkara yang tidak baik berlaku di sana dan ini jelas menunjukkan bahawa anggota tentera sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran di luar mahupun di dalam negara,” katanya ketika menyambut kepulangan mereka, semalam.

Hadir sama, Panglima 8 Briged, Datuk Zaki Hamzah.

Menurutnya, diharap selepas ini tiada lagi pihak cuba mempersoalkan kebolehan tugas anggota tentera kerana mereka mampu melaksanakannya sebaik mungkin.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PAPAR - Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya di Sabah diseru agar sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi pelbagai ancaman dari dalam dan luar negara yang boleh menggugat kestabilan dan kedaulatan negara.
  • BATU PAHAT - “Ketika saya keluar dari Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Duchess of Kent, Sandakan ke wad biasa, saya terdetik untuk berkenalan lebih lanjut dengan seorang jururawat yang menjaga saya.
  • KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) hari ini menyerahkan sijil Badal Haji kepada perwira yang terkorban semasa mempertahankan kedaulatan negara dalam Ops Daulat di Lahad Datu dan Semporna, Sabah tahun lepas.
  • PUTRAJAYA - Kebanyakan waris kepada para perwira negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, awal tahun ini, menyuarakan rasa terharu dengan sanjungan ramai terhadap bakti anggota pasukan keselamatan negara yang terkorban dalam insiden itu.
  • KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak permohonan Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang ( Tian Chua) untuk mengetepikan...
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.