Thailand senarai semula ganja sebagai narkotik

Thailand akan menyenaraikan semula ganja sebagai narkotik menjelang akhir tahun. Foto Reuters
Thailand akan menyenaraikan semula ganja sebagai narkotik menjelang akhir tahun. Foto Reuters
A
A
A

BANGKOK - Thailand akan menyenaraikan semula ganja sebagai narkotik menjelang akhir tahun, kata Perdana Menterinya pada Selasa.

Kenyataan itu hanya dua tahun selepas Thailand menjadi antara negara pertama di Asia yang membenarkan penggunaan ganja untuk rekreasi.

Langkah itu berlaku walaupun pertumbuhan pesat sektor runcit domestik untuk ganja, dengan puluhan ribu kedai dan perniagaan muncul di Thailand sejak dua tahun lalu dalam industri yang diunjurkan bernilai sehingga RM4.8 bilion menjelang 2025.

Jelas Srettha Thavisin di platform media sosial X, pihaknya mahu Kementerian Kesihatan meminda peraturan dan menyenaraikan semula ganja sebagai narkotik.

Ujarnya, kementerian harus segera mengeluarkan peraturan untuk membenarkan penggunaannya untuk tujuan kesihatan dan perubatan sahaja.

Ganja telah dinyah jenayah untuk kegunaan perubatan pada 2018 dan penggunaan rekreasi pada 2022 di bawah kerajaan terdahulu.

Bagaimanapun, pengkritik mengatakan liberalisasinya telah disegerakan, menyebabkan kekeliruan besar mengenai peraturan.

Srettha berkata demikian susulan pertemuan dengan agensi yang terbabit dalam penindasan narkotik.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut berikrar untuk mengambil pendirian tegas terhadap dadah terlarang dan mengarahkan pihak berkuasa untuk menyampaikan keputusan dan menunjukkan kemajuan yang jelas dalam 90 hari akan datang.

Beliau juga meminta pihak berkuasa untuk mentakrifkan semula apa yang dimaksudkan dengan pemilikan dadah di bawah undang-undang, daripada jumlah kecil kepada satu pil, kepada untuk membolehkan penguatkuasaan lebih ketat oleh pihak berkuasa. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!