Hujan bom makin ganas di Genting Gaza

Kepulan asap tebal menyelubungi ruang udara di Rafah selatan Gaza pada Khamis. Foto AFP
Kepulan asap tebal menyelubungi ruang udara di Rafah selatan Gaza pada Khamis. Foto AFP
A
A
A

RAFAH - Serangan udara terus diperhebatkan terutamanya di kawasan tengah dan timur Rafah ketika unit infantri bersama kereta kebal Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mula mara ke bandar paling selatan Gaza itu.

Kempen pengeboman yang diperluaskan ke bahagian tengah dan barat bandar Rafah memaksa hampir 400,000 penduduk Palestin menuju ke zon pemindahan yang ditetapkan rejim Zionis.

Kumpulan itu dilaporkan terpaksa mengambil laluan berbeza untuk ke tengah Gaza akibat hujan peluru tanpa henti tersebut.

Seluruh kawasan termasuk Jalan Salah al-Din kini sangat berbahaya kerana terus dibedil tanpa mengira sasaran.

Kira-kira 100,000 penduduk yang berlindung Rafah telah meninggalkan kawasan itu sejak Isnin lalu dan menuju ke bandar utara Deir el-Balah.

Data terkini dikeluarkan Kementerian Kesihatan Gaza mendapati angka korban kezaliman rejim Zionis telah meningkat kepada 34,904 orang manakala 78,514 cedera. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: