Kedutaan Israel di Georgia dan India jadi sasaran bom
$entry.content.caption.value

NEW DELHI - Dua kejadian bom menyasarkan Kedutaan Israel di  Georgia dan India semalam, sehari selepas hari ulang tahun peringatan pembunuhan Imad Mugniyeh, dari kumpulan Hezbollah pada tahun 2008.

Israel mendakwa serangan itu dilakukan oleh Iran.

"Ada satu usaha serangan dan satu berjaya," kata Paul Hirschson, jurucakap bagi Kementerian Luar Israel.

Dalam kedua-dua kes itu, pihak yang menjadi sasaran bekerja di Kedutaan Israel.

Di India, isteri seorang diplomat Israel cedera ringan, lapor Haaretz.

Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas kejadian itu, tetapi Perdana Menteri  Israel Benjamin Netanyahu dengan segera menuding jari ke arah Iran.

"Iran, yang merupakan (pihak) di belakang serangan-serangan ini, pengeksport terbesar pengganas di dunia," kata Netanyahu.

Bagaimanapun pegawai-pegawai Iran menafikan tuduhan dengan menyifatkannya sebagai satu pembohongan.

Menurut saksi, seorang penunggang motosikal meletakkan satu alat pada sebuah kenderaan di New Delhi, menyebabkan letupan yang mencederakan empat orang dengan salah seorang daripada mereka serius.

Satu bom yang turut diletakkan di bawah kereta di Tbilisi berjaya digagalkan.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.