BOGOTA - Ini berita yang amat mengejutkan! Di saat rakan-rakan sebayanya masih bermain dengan anak patung, seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun di Colombia telah pun menjadi ibu kepada bayi perempuan seberat 2.3 kilogram.

Kanak-kanak puak peribumi Wayuu, yang tinggal di Semenanjung La Guajira, utara Colombia itu, dikejarkan ke hospital selepas sakit perut kerana kontraksi dan terpaksa menjalani proses kelahiran secara pembedahan Caesarean.

Doktor berkata, kanak-kanak itu tiba di hospital dalam keadaan pendarahan serta meraung kesakitan kerana kontraksi yang dialaminya, malah usia kandungannya mencecah 39 minggu berbanding usia kandungan normal iaitu 38 minggu.

Pihak polis mungkin boleh mendakwa bapa ibu muda itu kerana membenarkan seks bawah umur, tetapi kaum Wayuu diberi beberapa perlindungan membenarkan mereka mengekalkan kedaulatan dan warisan budaya tertentu termasuk melahirkan anak di usia sangat muda.

Di samping itu, masyarakat masih membisu dalam mendedahkan identiti si bapa bayi itu walaupun akhbar-akhbar Colombia mengeluarkan spekulasi bahawa suspek merupakan seorang remaja lelaki berumur 15 tahun, selain percaya ia seorang lelaki dewasa 30-an.

Bagaimanapun, kes tersebut mendapat kritikan hebat pengarah hospital di mana dia melahirkan bahawa memang ada kanak-kanak lain daripada kaum Wayuu pernah melahirkan anak, namun tindakan itu tidak sepatutnya berlaku dalam usia terlalu muda yang masih dalam alam permainan dan persekolahan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BOGOTA - COLOMBIA. Sekurang-kurangnya empat orang maut dan 28 cedera, manakala 18 lagi masih hilang, selepas banjir lumpur melanda bandar Corinto di Cauca Department, barat daya Colombia, menurut pihak berkuasa tempatan pada Rabu.
  • BOGOTA - COLOMBIA. Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC), kumpulan gerila terbesar di Colombia, mengumumkan bekas komandernya Rodrigo Londono akan bertanding merebut jawatan presiden pada 2018.
  • BOGOTA - COLOMBIA. Kira-kira 1,200 anggota Pasukan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) memulakan rundingan masa depan kumpulan itu dalam Kongres pertamanya kelmarin, sejak proses perlucutan senjata bersejarah.
  • BOGOTA - COLOMBIA. Presiden Colombia, Juan Manuel Santos mengisytiharkan konflik selama 50 tahun dengan gerila Pasukan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) tamat kelmarin.
  • BOGOTA - COLOMBIA. Jika dahulu, seorang pengutip sampah pernah dianggap gila kerana mengumpul buku-buku yang dibuang dalam tong sampah.