LONDON - UNITED KINGDOM. Beberapa orang dilaporkan cedera selepas van merempuh pejalan kaki berhampiran sebuah masjid di utara London.

Polis menerima panggilan kira-kira jam 12.20 tengah malam tadi.

Majlis Muslim Britain (MCB) berkata, van terbabit "sengaja" melanggar jemaah berkenaan yang mana kebanyakan mangsa dipercayai hendak menunaikan solat.

Perkhidmatan Ambulans London berkata, pihaknya telah menghantar beberapa petugas ke tempat kejadian.

Timbalan Pengarah Perkhidmatan Ambulans London, Kevin Bate berkata, kami telah menghantar beberapa krew ambulans, unit paramedik dan pasukan pakar ke tempat kejadian.

"Satu pasukan kecemasan juga telah dihantar dan kami bekerja rapat dengan ahli-ahli perkhidmatan kecemasan di tempat kejadian.

"Keutamaan kami adalah untuk menilai tahap dan jenis kecederaan dan memastikan mereka yang memerlukan rawatan terlebih dahulu untuk dibawa ke hospital," katanya.

Sementara itu, salah seorang saksi, Cynthia Vanzella di laman Twitternya berkata, pegawai polis melakukan tugas mereka dengan menyelamatkan mangsa yang terbaring selepas dilanggar. - BBC

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.