NEW DELHI - INDIA. Mahkamah Khas Agensi Siasatan Kebangsaan India (NIA) mengeluarkan waran tidak boleh diikat jamin terhadap pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik berhubung dakwaan 'dakwahnya menganjurkan kepada keganasan'.

The Times of India melaporkan, NIA memberitahu mahkamah bahawa Zakir gagal untuk hadir ke mahkamah, walaupun selepas tiga saman dikeluarkan terhadapnya.

Dalam pada itu, NIA telah mencatatkan kes terhadapnya di bawah Akta Aktiviti Haram, tahun lepas.

Sementara itu, kerajaan India juga difahamkan telah memohon Notis Merah Interpol terhadap Zakir, yang juga Presiden Yayasan Penyelidikan Islam, untuk membendung pergerakan keluar dari Arab Saudi, lokasi di mana beliau berada ketika ini.

Dalam pada itu, minggu lepas, satu lagi mahkamah di India telah mengeluarkan waran tidak boleh diikat jamin terhadapnya berhubung dakwaan terlibat dalam kes pengubahan wang haram.

Pendakwah berusia 51 tahun itu meninggalkan India tahun lalu, didakwa untuk mengelakkan penangkapan selepas beberapa pelaku serangan keganasan Dhaka mendakwa tindakan keganasan mereka diilhamkan oleh Zakir.

NIA kemudiannya mencatatkan kes terhadap beliau, dan beberapa pegawai organisasinya atas dakwaan menggalakkan permusuhan antara kumpulan yang berbeza atas alasan agama.

Zakir baru-baru ini menerima anugerah Pahlawan Perkasa dari Malaysia dan beliau juga memiliki status pemastautin tetap (PR) di Malaysia yang telah diberikan kepada kira-kira lima tahun yang lalu.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • NEW DELHI - INDIA. Angka kematian akibat banjir di Asia Selatan mencecah 700 orang manakala lebih satu juta penduduk terjejas.
  • NEW DELHI - INDIA. Kerajaan India mahu Google, Facebook, WhatsApp, Instagram, Microsoft dan Yahoo memadamkam permainan dalam talian ‘Blue Whale Challenge’ yang dikategorikan sebagai "permainan berbahaya", memetik sumber All India Radio (AIR).
  • NEW DELHI - INDIA. Kerajaan India berhasrat untuk mengusir kira-kira 40,000 penduduk Rohingya yang tinggal di negara itu kerana menyifatkan mereka pendatang tanpa izin meskipun ada yang berdaftar dengan agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
  • NEW DELHI - INDIA. Suasana cemas menyelubungi India selepas berlaku lebih 60 kematian kanak-kanak dalam tempoh lima hari di sebuah hospital di negeri utara Uttar Pradesh.
  • NEW DELHI - INDIA. 25 mayat termasuk 17 ahli sebuah keluarga ditarik keluar dari lumpur, kelmarin sekali gus menjadikan jumlah kematian akibat banjir yang disebabkan hujan lebat berterusan sejak minggu lalu di India mencecah sekurang-kurangnya 120 orang.