PYONGYANG - KOREA UTARA. Kunjungan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov ke Pyongyang baru-baru ini membuka peluang unik buat seorang wartawan Rusia apabila dia diberikan akses istimewa untuk menjengah kediaman pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Valery Sharifulin, berkesempatan mengambil gambar kediaman moden Jong-un, dilengkapi taman indah serta dekor dalaman bertema minimalis.

Taman dipenuhi bunga mekar turut menghiasi kediaman mewah terbabit.

Kediaman tersebut dikatakan terletak di sebuah lokasi rahsia berhampiran Pyongyang.

Walaupun mempunyai beberapa kediaman mewah lain, adalah amat sukar untuk memperolehi foto kediaman berkenaan berikutan kawalan keselamatan yang ketat.

Menurut seorang bekas pengawal, Lee Young-kuk, pemimpin Korea Utara itu mempunyai sekurang-kurangnya lapan istana di sekitar ibu negara.