ARAU - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak tertipu dengan jenama mempelam harum manis yang dijual di tepi-tepi jalan sekitar negeri ini.

Penolong Pegawai Penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Perlis, Zulkarnain Kamis berkata, sejak mempelam harum manis dijual minggu lalu, pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai yang mendakwa mereka ditipu oleh penjual.

Menurutnya, mengikut aduan yang diterima, penjual mempamerkan harga dan nama mempelam harum manis namun apabila dibawa pulang dan dimakan pembeli mendakwa buah yang dibeli bukan mempelam harum manis.

“Kita tak mahu peniaga mengambil kesempatan menjual buah manga lain namun harga dan namanya adalah buah mempelam Harum Manis hanya semata-mata untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

“Sekiranya terdapat penjual yang menipu mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Perihal Dagangan 1972 iaitu sama ada mereka boleh
dikenakan kompaun atau tindakan mahkamah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas membuat pemeriksaan di Gerai Buah-buahan Segar (GBBS) Ulu Pauh, dekat sini, semalam.

Pemeriksaan tersebut dilakukan bersama Jabatan Pertanian Negeri selepas PPDNKK menerima aduan orang ramai bahawa terdapat peniaga menipu menjual mempelam harum manis.

Zulkarnain berkata, semasa pemeriksaan tersebut, Jabatan Pertanian mendapati mempelam harum manis yang dijual di gerai tersebut adalah asli dan tiada tindakan dikenakan terhadap peniaga di situ.

Sementara itu, Penolong Pegawai Kanan Seksyen Buah-buahan Jabatan Pertanian Perlis, Ahmad Puad Kasim berkata, pihaknya menyarankan orang ramai membeli buah tersebut di ladang Bukit Bintang Batu Pahat, Kangar atau di gerai GBBS di sekitar negeri ini.

Menurutnya, untuk mengenali keaslian buah tersebut kulitnya kini ditambah nilai kosmetik menjadi warna kuning serta ia berbentuk montok bulat tirus di bahagian bawah serta isinya kekuningan dan oren.

“Harganya kini dijual antara RM20 hingga RM25 sekilogram mengikut gred dan buah itu dijangka dapat diperoleh dengan lebih banyak pada hujung bulan ini,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Pejabat Menteri Besar Terengganu tidak memberi kelulusan kepada mana-mana pihak untuk menggunakan nama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman bagi tujuan mengutip derma untuk jamuan makan amal.
  • KUALA TERENGGANU - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu telah pun selesai menyiasat kes sebuah kedai makan di Kemaman mengenakan harga RM32 bagi sepinggan nasi seorang pelanggannya, bulan lalu.
  • SHAH ALAM - Seorang guru dan kerani sekolah rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam terhadap empat pertuduhan menipu guru besar menggunakan sijil cuti sakit (MC) palsu, tahun lalu.
  • IPOH - Polis berjaya menumpaskan sindiket memalsukan dokumen kerajaan apabila menahan lima individu termasuk sepasang suami isteri dalam tiga serbuan berasingan di Ipoh, Kuala Kangsar dan Taiping, semalam.
  • RANTAU PANJANG - Pihak polis sedang mengenal pasti individu yang membuat spekulasi berhubung tugas polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika banjir di Rantau Panjang.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.