BUTTERWORTH - Orang ramai atau saksi yang melihat kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal di Kilometer 130.5 Lebuhraya Utara Selatan pada 7 September lalu diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, mangsa, Tan Teng Kang, 33, dalam perjalanan dari arah Seberang Jaya ke Sungai Dua.

Menurut sumber, setibanya di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai berlanggar dengan sebuah lagi kenderaan lain. 

"Sehingga kini individu yang terlibat belum tampil membuat sebarang laporan polis.

“Rakaman CCTV juga dirujuk dengan pihak Plus, namun kamera di Kilometer 130.6 sedang menghala ke selatan ketika waktu kejadian,” katanya.

Sumber berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan selanjutnya.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan kini masih mendapatkan rawatan lanjut di hospital,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saksi kemalangan dan waris mangsa diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik IPD Seberang Perai Utara, Sarjan Mohd Hazmil Abd Hamid di talian 04-5741421 atau 019-4480080 untuk membantu siasatan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • REMBAU - Berpantang maut, sebelum ajal. Itu yang dapat disimpulkan apabila seorang lelaki hanya mengalami cedera ringan walaupun kereta dipandunya musnah dalam kemalangan di Kilometer 42, Jalan Seremban-Tampin, dekat Kendong, di sini, semalam.
  • KUANTAN - Dua beranak maut dan dua lagi cedera parah selepas kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah lori 12 tan yang membawa muatan tanah di Kampung Sungai Soi di sini, hari ini.
  • KOTA TINGGI - Seorang pemuda maut selepas Perodua Viva dipandu bertembung dengan sebuah lori Hino di KM 37 Jalan Johor Bahru - Mersing berhampiran Taman Kota Besar, petang tadi.
  • SHAH ALAM - Tujuh lori 10 tan dan dua treler milik sebuah kilang membuat kotak di Jalan Bukit Kemuning di sini, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.
  • TAMPIN - Seorang pemandu lori kontena berhadapan detik cemas apabila kenderaan dipandunya dihempap pokok tumbang di tepi jalan utama Seremban-Tampin, dekat Batu 1, di sini, semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.