YAN - Dadah bernilai RM8,400 berjaya dirampas dalam Ops Sarang yang dijalankan di persisiran pantai Kampung Seberang Jaya, Kuala Sala, semalam.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Muhamad Halim Yatim berkata,  dua tokan berusia 29 tahun dari daerah Kuala Nerang dan Sik turut berjaya ditahan dalam operasi tersebut.

"Kedua-dua tokan ini amat dikehendaki pihak polis kerana menjadi pembekal dadah kepada penagih dadah sekitar daerah ini," katanya.

Dadah yang dirampas pihak polis dalam Ops Sarang di Kampung Seberang Jaya, Kuala Sala.

Katanya, pihaknya telah berjaya merampas 58.74 dadah jenis heroin dan 60 gram syabu ketika operasi berkenaan.

Menurut Halim, dua tokan berkenaan direman tujuh hari bermulai hari ini.

Katanya, ketika operasi pihaknya turut menahan 28 penagih dadah yang berusia 25 hingga 29 tahun.

Dua tokan berkenaan disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua penagih yang ditahan diserahkan kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Halim berkata, polis juga telah berjaya merampas dua buah motosikal milik penagih dadah yang dipercayai motosikal curi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KEMAMAN - Polis sedang memburu sekumpulan lelaki yang menyamar sebagai polis sebelum melakukan rompakan ke atas warga Rohingya dalam kes berasingan di dua buah rumah kongsi di daerah ini semalam.
  • KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis cedera selepas motosikalnya dirempuh sebuah kereta yang diarahkan berhenti di persimpangan lampu isyarat di Paya Jaras, Sungai Buloh dekat sini, yang turut menyaksikan polis terpaksa melepaskan empat das tembakan dalam insiden itu.
  • YAN - Masyarakat sekitar daerah ini digesa untuk memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis dalam memerangi kegiatan penyalahgunaan dadah.
  • MARAN - Polis menahan tiga lelaki dipercayai aktif dalam kegiatan mencuri lembu di Maran sebelum menjualnya di Terengganu, dalam sekatan jalan raya di Kampung New Zealand, di sini, pagi semalam.