ALOR SETAR - Delegasi 40 guru dan pengurusan Sekolah Menengah Ke­bang­saan (SMK) Agama Kedah mengadakan lawatan penan­da aras ke Sekolah Agama Darul Maareef di Satun, Thai­land bagi berkongsi penge­tahuan dan menambah baik pengurusan sekolah itu.

Pengetuanya, Mahir Mohamad berkata, lawatan diadakan demi berkongsi pengetahuan dan penga­laman dimiliki sekolah Kluster Kecemerlangan dan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di Kedah itu.

Menurutnya, lawatan itu bertujuan berkongsi kuriku­lum dalam bilik darjah, akti­viti kokurikulum pelajar, penjanaan dana dan keba­jikan pelajar.

"Dengan perkongsian itu, kita berharap dapat mem­bantu sekolah ke arah mem­bentuk jati diri, kemenjadian serta sahsiah terpuji pelajar.

"Melalui lawatan ini, kita juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama muslim, sekaligus menambahkan lagi hubu­ngan baik antara warga dua negara berjiran ini, " katanya.

Beliau berkata, delegasi SMK Agama Kedah ke sekolah terbabit juga boleh dianggap duta kecil dalam menyampaikan maksud tersebut.

Manakala, Mudir Sekolah Agama Darul Maareef berkata, Dr Ahmad Muham­mad Zaki Napalen berkata,  pihaknya amat berbesar hati menerima kunjungan kaki­tangan SMK Agama Kedah.

"Kami berpeluang ber­kongsi dan menimba ba­nyak maklumat serta pengalaman untuk membangunkan sekolah yang didirikan sejak 70 tahun yang lalu," katanya.

Tambahnya, beliau amat berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan dalam usaha membangunkan kemudahan dan fasiliti pembelajaran di sekolah ini untuk keselesaan seramai 1, 200 pelajarnya.