KANGAR - Majlis Perban­daran Kangar (MPK) mem­bidas sikap Pas Perlis yang cuba ‘menegakkan benang yang basah’ apabila mem­bangkitkan isu perpindahan tapak niaga pasar malam di Stadium Kangar, di sini tanpa merujuk kepada pihak ber­kuasa tempatan (PBT) itu.

Yang Dipertua (YDP) MPK, Rosley Mat berkata, Pas Perlis sepatutnya hadir ber­bincang dengan MPK untuk bersama-sama mencari jalan penyelesaian bagi membantu lebih daripada 60 peniaga pasar malam itu memandang­kan arahan pengosongan ta­pak terpaksa dikeluarkan atas kehendak ‘tuan tanah’, Majlis Sukan Negeri (MSN) Perlis bagi persiapan Sukan Malaysia (Sukma) 2014.

Menurutnya, MPK men­cabar Pas membenarkan pe­niaga pasar malam Stadium Utama, Kangar terbabit ber­niaga di tapak parkir kenderaan yang luas di Kompleks Pas, di sini sekiranya mereka benar-benar hendak menjadi ‘hero’ dalam menyelesaikan masalah rakyat.

“Sekiranya Pas benar-benar prihatin masalah rakyat, mengapa mereka tidak mem­benarkan sahaja peniaga-peniaga pasar malam Stadium Utama, Kangar itu berniaga di tapak parkir kenderaan yang luas di Kompleks Pas Perlis berdekatan stadium berkenaan?

“Bagi saya, tapak niaga di situ lebih sesuai, suasana jalan raya pun tidak begitu sibuk dan yang penting masalah peniaga-peniaga juga selesai. Jika benar mereka hendak jadi ‘juara rakyat’, saya cabar me­reka benarkan peniaga ber­niaga di Kompleks Pas Perlis dan MPK tidak akan campur tangan dalam urusan pengen­dalian sampah-sarap dan se­bagainya,” katanya sewaktu menghubungi Sinar Harian kelmarin.

Rosley berkata, sebagai parti pembangkang, Pas Perlis tidak sewajarnya menjadikan MPK sasaran dalam usaha memburuk-burukkan dan menabur persepsi buruk rak­yat terhadap Kerajaan Negeri.

Menurutnya, MPK me­rupakan badan penguat kuasa kerajaan tempatan yang bertanggungjawab memasti­kan keselesaan tempat tinggal dan keperluan asas rakyat terjamin dan ianya tidak perlu dipolitikkan atas tujuan negatif.

“Saya minta Pas Perlis ber­sikap positif dan mengambil pendekatan berhemah dalam mengemukakan masalah rakyat,” katanya.

Ditanya mengenai kenya­taan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu me­minta MPK mengadakan per­bincangan dengan peniaga-peniaga di tapak niaga Jalan Sekolah Derma, di sini se­belum mendapatkan kelu­lusan Perbadanan Menteri Besar (MBI), Rosley menjelas­kan permohonan sedang dilakukan dan pihaknya akur dengan kehendak Kerajaan Negeri.

“Kita akur dengan kehen­dak Kerajaan Negeri dan akan mengadakan perbincangan dengan peniaga-peniaga sedia ada di tapak terbabit demi memastikan hasrat MPK men­jadikan tapak itu sebagai tapak niaga pasar malam kekal ter­capai,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KANGAR - Seramai 27 orang diarah menjalani ujian air kencing sempena Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri di sini, malam tadi dan daripada jumlah itu tiga lelaki ditahan selepas didapati positif dadah.
  • KANGAR - Tabung Darah Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar mengadakan kempen derma darah khas Aidilfitri selama tiga hari mulai 28 Jun ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.